Friday, April 9, 2010

Perahu Tradisional

Dari Menara ke Tabaa (iv) -
Perahu
Tradisional
(menjejak sisa-sisa seni peninggalan kerajaan lama Kelantan-Pattani)


'Temalong' yang dibayangkan oleh aku dalam kisah Tepung Pelita yang konon2nya menyamai sebuah perahu.


Kerja-kerja membaiki perahu di bawah bayang-bayang pohon rhu.
Disebelahnya, adalah sebuah perahu kolek yang sudah siap dicat semula.


Di suatu sudut dan teduhan yang lain pula, Perahu Kolek yang sudah hampir siap dicat ini memancarkan 'aura' berupa tarikan magnet kepada aku.

Pok Wea (Wan) yang pada mulanya agak malu2 untuk berfoto.
Setelah aku memperkenalkan diri dan meminta izin dari Pok Wea untuk memukul gambar , lantas ayat pertama diajukan :
Jauhnyo awe maghi..tok takut ko mari jjale alah kuk alek ni ?


Peminat2 hasil karya Pok Wea.
Mungkin aku adalah peminat 'antarabangsa' yang pertama untuk Pok Wea pada petang itu.

Seni itu indah. Dan ada yang mengatakan, rindu itu indah.
Dan kecintaan bersama rindu pada seni juga indah. Bukannya rindu yang indah pada lukisan Puteri Duyung pada kepala perahu kolek itu..

Koyan, bangau, okok dan puteri duyung yang aku tinggalkan di Menara.


Perahu nnambe dari seberang (Kelantan) menyambut ketibaan lensa aku di muara Sg Golok, berhampiran Pekan Taba.


Sekadar sisipan, Tebar Layar pada sebuah wakaf di dalam kawasan Wat Chon Tara Singhe, Che Hei, Taba.

Petikan menarik mengenai Tebar/Tibar/Tuban Layar :

"Salah satu kepercayaan orang2 tua kelantan pada zaman dahulu ialah kalu buat rumah mesti kena pasang tibar layar. Kalu tidak, akan terkena sumpahan Betara kala yg menyebabkan penghuninya akan mendapat petaka"

Q : apakah pula Betara Kala ?

A : Batara kala ni fizikal sprt raksaksa. mengikut cerita jawa, dia ni terjadi dari air mani betara guru yg jatuh ke laut. kalu ikut cerita kelate, dia terjadi dari air ludah betara guru kedalam mulut dewi uma.
Sewaktu dia hendak turun ke dunia dia telah bertanya kpd batara guru, apakah makanan dia di sana. Batara guru kata jika mu berjumpa dgn manusia yg bejalan tengahari berdiri tp tidak selit daun kayu atas kepala, maka itulah makanan mu. Sbb tu tok nenek kita dulu2 tak tubik bejalan masa matahari bediri betul2 atas kepala (belum gelecoh lohor), dan kalu nk bejalan jgk, kena amik daun kayu sehelai selit atas kepala... hehehe agak2 supo nga ore bali selit bungo di telinga...
Dlm bab sumphan dia pulak ialah:
1. buat rumoh mesti kena pasang tibar layar.
2. gali lubang tunggang, apabila selesai buat kija mesti kena kambus balik.
3. takleh tanam nyor gading depan tangga.
4. takleh biarkan buluh yg kita kerat tanpa ada buku (sprt teropong....kalu nk tinggal jgk, kena katok ppecah buluh tu.
5. jgn biarkan tnggul jelapang di tgh jalan.

4 comments:

  1. Adi amik dimana cerita betara kala nih...rasa2 supo beso dengar jah..ada lagi penambahan psal kemakanan betara kala tuh..
    1. kalu bejalan tgh maghrib dan subuh, kena selit puting kain di tengah pusat..
    2. orang yg lupa kpd Allah dan lalai kpd Muhammad.

    Tp kalu versi jawa, ada 60 jenis manusia yg boleh menjadi makanan betara kala.

    ReplyDelete
  2. Adi amik semula dari diskusi Ayah Mat mengenai Betara Kala dalam posting adi mengenai 'Bunga Seroja (ii)'

    ReplyDelete
  3. hehe x ingat doh ambo pun..cerita ni pn asal pengaruh dr jawa jgk ni. Mungkin semasa Demukmin dan 2 ore lagi dihantar oleh Raja Banggol ke jawa utk belajar wayang kulit di jawa pada abad ke 19 dahulu..atau cerita ni sudah dibawa masuk lebih awal.

    Mengikut pendapat Anker Rentse, semasa munshi abdullah berada dikelantan pun manuskrip2 cerita2 begini sudah ada doh di kelantan..

    ReplyDelete
  4. perahu ni no 2553, loni ado d pula gajoh. mano lokasi buat perahu ni???

    ReplyDelete