Monday, May 24, 2010

Blangkon dari Jogja



Blangkon dari Jogja (sebelah kiri) dan Blangkon dari Jakarta, diletakkan sekali dengan sepasang keris Kelantan, yang diberitakan oleh pemilik terdahulu adalah kepunyaan Sultan Muhammad IV. Bagi aku ia diletakkan demikian sebagai simbolik untuk cuba mengenang kembali tali persahabatan silam yang pernah terjadi antara kerajaan Kelantan-Pattani dan Majapahit.

Sepasang Keris Kelantan ini, ada yang mengatakan kembar, dan ada yang mengatakan jate-tino, diberikan oleh pok sedara aku kepada ayahanda aku, dan diberikan pula kepada aku.
Pernah sekali, kerana sifat ingin mencuba, aku pernah meletakkan salah satu daripada keris ini di bawah bantal tidur aku, dan mimpi yang hadir malam itu adalah kembali ke sebuah bangunan kayu lama dan terus ke tiang seri bangunan tersebut, yang aku jangkakan, adalah gambaran sebuah istana.

Perihal blangkon pula, yang dari Jogja adalah satu cenderahati sebagai tanda persahabatan antara rakan sekerja dari Jawa yang aku menukarkannya dengan sehelai kain Batik Lepas. Yang dari Jakarta pula, adalah tanda persahabatan juga dengan rakan sekerja dari Jawa kira-kira 4 tahun yang lalu.

Adapun, cerita-cerita mistik yang kadangkala tidak difahami dek akal pernah terjadi sewaktu sepasang keris ini bersama-sama himpunan keris-keris dan sebilah tombak pusaka keluarga yang aku bawa 'pulang buat sementara' ke bumi Kelantan ini dari Meru, kira-kira 7 tahun yang lalu.
Perjalanan dari Meru selepas Isyak ke sempadan Kelantan-Pahang dirasakan begitu mendebarkan dan 'berat', seolah ada 'mata dan jasad' yang memerhati dan 'menumpang', tetapi dirasakan 'ringan' dan 'lincah' sebaik saja melewati sempadan Kelantan-Pahang terus ke Pasir Mas.
Apakah adanya 'semangat' lain yang membantu sewaktu menyelusuri tanah asal sendiri ?
Aah..seriaa bulu roma ku..

5 comments:

  1. Tukar nge kain batik lepas deh... lagumana gak kita nk tahu kain batik lepas ni hok asli atau pun tiruan?...sajo nk kosek budok sikit eh..hehe

    ReplyDelete
  2. takdok apo doh la skali ni..
    hok Adi bui tu, rego dio 50 Kuk jah di seberey Siam sana..keno ko hok tiruan bekali gak..mugo x tahu hok mana ori hok mano tiruan tu gak..

    ReplyDelete
  3. Maksud ambo, Kain batik lepas ni pun ada gred A gred B supo nga kain pelikat cap kuda jgk...haaa gituh.

    ReplyDelete
  4. Tidak mustahil keris / tombak ada jin. Baik atau jahat kita tak patut campur dgn bangsa jin sebab dia banyak tipu helah yg selalunya menyesatkan kita.

    ReplyDelete
  5. jolo hok demo kata tuh..pokteh setuju..

    ReplyDelete