Pagi tadi, serba sedikit aku dan Dian diceritakan jenis-jenis Bota oleh Ayahanda Che Mat Jusoh. Ujarnya, jenis-jenis Bota itu termasuklah Suro, Jenawo, Sakso (Resakso) dan Cenegho (Cendera).
Bila diceritakan perihal Bota itu, maka teringatlah aku dari pembacaan perihal Betara Kala, menerusi tulisan Ayahanda Che Mat Jusoh dalam Majalah Pentas edisi Oktober 2008.
Betara Kala versi Jawa, yang imejnya aku ambil dari batarakala.blogspot.com
Adalah dikatakan, Betara Kala ini adalah anak kepada Betara Guru, yang mana proses kejadiannya mempunyai dua versi. Versi pertama ialah versi Jawa dan versi kedua ialah versi Melayu.
Perihal cerita Betara Kala ini, pernah aku gunakan baru2 ni sebagai 'bedtime story'
untuk anak sulung aku yang mana ada juga hok aku tokok-tambah untuk menyedapkan cerita, disamping menyelitkan sedikit nasihat untuk dia.
Sebagai contoh, bila mana aku menceritakan tentang makanan Betara Kala apabila Betara Kala turun ke alam dunia.
Aku berpesan kepadanya, supaya sebelum tidur kena kencing dan basuh kaki dahulu kerana Betara Kala ini tahu budak mana hok tidur tak basuh kaki dan gi kencing dahulu sebelum tidur.
Anak aku yang agak gerun bila aku menggambarkan Betara Kala ni bermata luas, bergigi taring dan lidahnya terjolor keluar dan besar pula sifat fizikalnya, tanpa ragu-ragu dan banyak karenah, minta ditemankan pula ke bilik air. Kononnya takut Betara Kala duk tunggu di atas pintu bilik air.
Dan malam-malam seterusnya, bila aku mengusik dia tentang cerita Betara Kala itu, dia sendiri akan tahu apa yang perlu dia lakukan sebelum masuk tidur..
Apapun cerita dan moral disebalik cerita itu, amat wajar untuk generasi muda seperti aku, menyelami & menyelongkar cerita-cerita tradisi agar dapat diperturunkan untuk generasi yang akan datang, agar kesinambungan itu terus berlangsung dan bukannya terkubur begitu sahaja.
Catatan ringkas :
Penerapan imej Kala ini secara tak langsung ada dizahirkan pada acuan putu oleh pengukir kayu Kelantan/Pattani.

haha.. dan ke dia dulu.. molek jugak hahah
ReplyDeletetak apa DD..muga corak penampilan dgn cara masing2.
ReplyDeletedemo cara demo..kawe cara kawe..walau pun kita bekecek atas topik yg sama...haa gituh.
Pada duduk ssajo ambo nak sambung sikit cerita hok Ayahanda Che Mat Jusoh royat pasal Betara Kala nih…hokni pun dio royak ko ambo jgk….tp belan bbisik..
ReplyDeleteWalaupun cerita asal kejadian Betara Kala ini bercanggah dengan perkembangan teknologi pada zahirnya, apa lagi nak dikatakan mempunyai nilai ‘commercial value’, sudah tentu amat jauh sekali...
Tetapi bagi mereka yang cuba menyelongkar dan menyelami apa yang tersirat disebaliknya, akan terjumpa sebuah pengajaran dan nilai etika hidup yang cukup bermakna sekali kepada manusia zaman sekarang. Ambo cuba nukil sedikit daripada huraian yg panjang lebar mengenai hal ini untuk renungan.
Terjadi Betara kala daripada air mani Betara Guru yang terbabas dari sasarannya dan jatuh ke laut (tempat yang tidak sepatutnya), akibat kegelojohan nafsu berahi yang tidak dapat dikawal. Mani tersebut menjadi saekor raksaksa yang ganas dan sentiasa mencari apa saja untuk dijadikan mangsanya, terutama dari jenis manusia.
Begitulah juga dengan kita sebagai manusia yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini, maka manusia harus memiliki ilmu pengetahuan mengenainya untuk mengelak dari melakukan kesalahan dalam perhubungan seksual supaya tidak terjadi seperti peristiwa yang menimpa ke atas Betara Guru yang mendapat zuriat seperti Betara Kala. Melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira kehidupan normal serta etika, akan berakhir dengan timbulya masalah-masalah dalam kehidupan masyarakat hari ini.
Kita diajar untuk menghasilkan sesuatu yang baik, maka proses awal penghasilan juga harus baik dan dengan mendapat restu ilahi sebagai pencipta. Demikian pula dengan proses hubungan seksual yang tujuan utamanya adalah menghasilkan zuriat. Untuk mendapatkan zuriat yang baik dalam segala apa jua, kita haruslah melalui niat awal yang baik serta proses hubungan seksual yang benar dan tepat.
Wanita itu ibarat wadah tempat untuk menyimpan benih, lantaran itu pun haruslah kita memilih wadah yang baik. Dalam melakukan hubungan seksual, maka haruslah diniatkam bahwa hasil dari perbuatan itu akan lahirnya mahkluk baru. Yang demikian ianya tidak boleh dibuat sesuka hati. Bahkan pasanganya pun harus dipilih dari bibit, baka dan benih yang baik-baik. Maka dari itu kita diajar agar sebelum melakukan hubungan seksual haruslah menyiapkan segala-galanya agar hasilnya juga sempurna dan faham asal kemana hujung sut dia.
Selama perhubungan, haruslah diingatkan bahawa tujuan utama ialah utk menghasilkan seorang manusia baru yang baik. Kerana manusia yang berasal daripada proses yang baik, maka akan kembali kepada sang penciptanya dengan keadaan yang baik. Hubungan seksual yang benar akan direstui oleh tuhan dan pasti diberikan hasil yang benar.
Orang hakikat berkata, Keberadaan Yang Maha Suci iaitu pembukaan tata mahligai dalam Baitul Mukadas, dikeranakan Tuhan telah berkehendak menempatkan mahligai Zat sebagai Baitullah yang berada di buah zakar manusia dan konsep alat kelamin itu pun merupakan tempat persemayaman juga.
Aku meletakkan tahtaKu dalam Baitul Mukadas. Itu adalah tempat pesucianku, iaitu berada di zakar Adam. Yang berada di zakar itu adalah buah pelir, yang berada dalam buah pelir adalah nutfah, yang berada dalam nutfah adalah mani. Di dalam mani ada madi. Di dalam madi ada manikam. Di dalam manikam ada rahsia. Di dalam rahsia ada Aku, tiada Tuhan selain Aku, zat yang meliputi segalanya bertahta dalam alam yang ghaib.
tinggi weh...toklih nak ulas..tak smpai dgn jangkauan kita..hehehe
ReplyDeleteTinggi nilai mata wang lagi..
ReplyDeletesbb itu kebanyak orang hanya memandang dari sudut kebendaan semata utk hidup..
wang berlimpah ruah, tapi jiwa kosong..pun tiada nilai juga
ReplyDeleteAsal ko paham gak tak apa lah..
ReplyDeleteselamat dunia akhirat...