Monday, September 20, 2010

Semangat & Kayu


Bersemangat bila melihat kayu.
Bukannya mencari semangat di sebalik kayu.


Memerhati Istana Tengku Bongsu dari jauh.
Abe Tar adalah generasi terakhir tukang kayu di kampung aku yang tersohor dengan ketelitian dan 'kecermatan' yang diwarisi dari ayahnya, Pak Da Pok Chek.
Mungkin beliau cuba memahami dan menyelami nasib sebuah istana kayu yang jauh terdampar di negeri orang.

---------

'Plot-plot' seakan 'kerinting' yang dapat diperhatikan pada kayu Seraya Kitam.


Pengecaman yang lazim pada kayu Seraya Kitam ini ialah kewujudan garis-garis halus yang dipanggil ' benang emas'.


'Sobekan' berbentuk kudup bunga pada kayu Seraya Kitam yang telah disapu 'syelek'. Kayu ini digunakan sebagai 'penyanggoh' pada bahagian bumbung.


Pok Man sedang memasang penyanggoh berbunga.


Kayu Kulim (berwarna gelap) dan Kapur selepas disapu 'syelek'.
Kedua-dua jenis kayu ini digunakan sebagai jeghia (untuk menyangkut atap bata)

Kayu kapur bersaiz 1"x 2", sebelum disapu 'syelek'. Sesuatu yang istimewa tentang kayu ini ialah ia mengeluarkan aroma yang agak 'panas'.


'Jjalo' (jejala?) di bahagian dapur rumah Tok Ayah Pok Heng di Kg Dangar.
Jjalo mempunyai fungsinya yang tersendiri, iaitu membenarkan pengaliran udara ke dalam / luar rumah (ventilation).
Jjalo ditampilkan dengan berbagai-bagai jenis hiasan. Ada yang berbentuk 'diamond', ada yang berbentuk Swastika (Sanskrit = Svastika) dan bagi golongan berada pula, ia ditampilkan dengan ukiran tebuk tembus bermotifkan flora.

**Motif geometri Swastika ini masih boleh dilihat pada rumah-rumah kayu di sekitar Kg Sireh, Pasir Pekan dan Salor.



'Paga musea' dan cucur atap berukir pada sebuah rumah (campuran kayu dan batu) di Kg Salor.

Harga kayu di pasaran :

Cengal - RM 8000 ~ 12,000 / 1 tan
Cengkawan - RM 3500 ~ 4500 / 1 tan
Seraya Kitam - RM 3800 ~ 7000 / 1 tan
Kulim - RM 1900 ~ 2500 / 1 tan
Kelat - RM 1700 ~ 2000 / 1 tan
Kapur - RM 1400 ~ 1800 / 1 tan


Nota :
1 tan kayu tidak sama dengan 1,000kg,
sebaliknya formula untuk mengira 1 tan kayu adalah seperti berikut :

Tan (kayu) = saiz kayu (inci) x panjang (kaki) x bilangan / 7200

Contoh :

Saiz kayu : 3" x 6"
Bilangan : 20 batang
Panjang : 14'
Jenis kayu : Cengal
Harga : RM 9,000 / tan

3" x 6" x 14' x 20 / 7200 = 0.7 Tan

Harga, RM = 0.7 x 9000
= RM 6300.











5 comments:

  1. Bro, buleh aku nok import kepakaran mung utk buat anjung melayu rumoh aku di Pahang?

    ReplyDelete
  2. Bahasa ggapa 'plot-plot' ni??

    ReplyDelete
  3. salam, Adi...amat menarik entri kali ini ..tentang kayu...kak siti dah mencari rumah selama 2 hari di kg sireh dari pagi samapi petang....tapi hampa...balik tangan kosong, sekiranya sudi kak siti minta adi bg peta skit untuk ke rumah2 ni..boleh emel ...sekarang kak siti perlu mencari "keaslian Elemen Dekoratif pada rumah kelantan dan Terengganu...TQ

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah...kalau ambo x silap binaan Istana puteri bongsu tu dok dlm Ukm nih...baru ambo thu namo dia.,,tpi sedih wei,,,binaan dia byok doh hok rosok tu....terutamanyo dinding dia,,,saye lah kalu dibiar gitu gak...

    ReplyDelete
  5. As Salam. Harga RM8000-rm12,000 / tan termasuk penghantaran?

    ReplyDelete